Support / Penyelesaian Masalah

 

Jika anda mempunyai masalah berkaitan dengan Penawar Brontok anda boleh menghubungi saya sama ada melalui e-mail atau melalui Support Form di bawah. Jika anda pelanggan Penawar Brontok Full Edition, anda layak menanyakan masalah-masalah berkaitan dengan virus brontok.


* Jika anda pengguna FREE Trial Version anda boleh memberi soalan berkaitan dengan

Order / Tempahan sahaja. Anda perlu mendapatkan Full Edition jika anda ingin menanyakan kepada saya berkaitan masalah-masalah virus brontok/Bro Act/ MyHeart.

 

e-mail saya untuk dihubungi ialah :

Maklum balas akan dijawab dalam masa minimum 24 jam atau maksimum 48 jam.

Support Form

 

FAQ (Masalah-masalah yang biasa ketika menjalankan Penawar Brontok VarX )

 

 

Q: Jika file MSCOMCTL.OCX missing or not correctly registered?

A:  Download di sini

     http://www.kaer-media.org/penawar-brontok/missing/MSCOMCTL.OCX

     kemudian copykan ke folder Penawar Brontok VarX anda.

    

 

Q: Jika file COMCTL32.OCX missing or not correctly registered?

A: Download di sini http://www.kaer-media.org/penawar-brontok/missing/COMCTL32.OCX

    kemudian copykan ke folder Penawar Brontok VarX anda.

 

 

Q: Kenapa bila saya scan menggunakan Penawar Brontok VarX, ia tidak dapat

    mengesan sebarang virus brontok ?

A: Ini disebabkan berlakunya konflik di antara Penawar Brontok VarX dan anti virus anda.

    Bagi menjawab pertanyaan begini, Penawar Brontok VarX merupakan tool alternatif 

    atau jalan kedua kepada antivirus anda untuk mengesan virus brontok jika antivirus

    anda gagal mengesan kesemua variant virus brontok. Penawar Brontok VarX

    sebenarnya boleh digunakan sebagai tool untuk membantu anda jika sesuatu pc itu tiada

    antivirus, atau tidak boleh menginstall / memasang antivirus, atau pc anda telah terkena

    jangkitan virus brontok. Ia digunakan untuk membuang virus Brontok sahaja termasuk variant
    brontok yang mencipta replikasinya sendiri. Jika anda ingin melihat  

    kebolehan atau keberkesanan Penawar Brontok VarX mengesan virus-virus brontok ini, saya

    harap anda disablekan sementara AntiVirus anda dahulu. Setelah selesai scan dan kemudian

    anda click pada Buang! & Repair, anda boleh enablekan semula anti virus anda.

 

 

Q: Saya dah disablekan antivirus, tetapi Penawar Brontok VarX tidak memberikan

     keputusan Brontok yang dijumpai. Macam mana nie ?

A:  Berkemungkinan antivirus anda telah membuang semua virus brontok yg terdapat di pc anda.

 

 

Q: Syed.. Aku dah disablekan antivirus, kemudian aku cuba scan menggunakan

     Penawar Brontok VarX, brontok tak jumpa juga. Tetapi bila aku  onkan semula anti

     virus, dia keluar Alert dari antivirus aku ni... Macam mana plak nie?

A:  Berkemungkinan virus brontok yang ada di pc anda itu brontok yang telah diubahsuai

     sepenuhnya. Syed harap anda cuba uploadkan di website ini (menggunakan form dibawah)

     supaya Syed dapat menganalisa virus brontok anda itu.

     Sila disablekan antivirus anda dahulu dan kemudian zipkan sample brontok yang anda

     jumpai dengan password 123456. Atau anda kurang pasti bagaimana caranya sila hubungi

     saya di yahoo messenger atau pun melalui e-mail.

 

 

Q: Syed.. macam mana supaya orang tidak boleh copy unlimited license kita? aku

     seorang juruteknik jadi aku buat kat mana-mana pc untuk repair problem tu.

A:  Saudara boleh click kepada Clear Lesen supaya orang yang tidak berkenaan tidak boleh

     copy lesen Unlimited saudara.

 

Q: Syed, saya menggunakan Jawi atau Chinese language, Penawar Brontok

     mengatakan license tidak tepat dan Penawar Brontok terclose sendiri.

A:  Jika anda mempunyai masalah dengan lesen anda mungkin menggunakan perisian Jawi atau

     Chinese sila lihat di halaman ini :

     http://www.kaer-media.org/penawar-brontok/problem-solution/

 

 

 

Terma & Syarat

Berikut adalah terma dan syarat untuk segala perisian berkenaan Penawar Brontok. Dengan membaca terma dan syarat ini, maka anda terikat sepenuhnya terhadap perkara tersebut.

 

1. Pelanggan tidak dibenarkan mengedar Unlimited PC License tetapi pelanggan dibenarkan mengedar perisian percubaan / trial. Jika pelanggan didapati mengedar Unlimited PC License, Lesen perisian Unlimited PC License akan disenarai hitamkan dan tidak akan menikmati segala pengemaskinian minor percuma dan lesen anda akan dimatikan (tidak boleh digunakan).

 

2. Harga tetap untuk Penawar Brontok Full Edition 1 PC = 1 License ini adalah RM10.00 dan harga tetap Unlimited PC License adalah RM 130, melainkan jika pihak kami, melakukan sebarang promosi atau potongan harga atau dalam maksud yang lain menurunkan kepada harga yang lebih murah, maka harga akan kurang daripada jumlah tersebut. Pihak kami juga berhak menaikkan harga apabila perlu dan bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung.

 

3. Jika kod sistem berubah, pelanggan perlu membeli semula license tersebut melainkan pelanggan telah membeli Unlimited PC License di mana pelanggan mempunyai kebebasan untuk membuat scanning di mana-mana pc yang diinginkan di dalam organisasi mereka.

 

4. Jika kehilangan license key, pelanggan perlu membeli semula lesen tersebut adalah menjadi tanggungjawab pelanggan untuk menyimpan license key dengan cermat.

 

5. Jika kami dapati anda menggunakan Penawar Brontok Full Edition (Unlimited PC License) yang diperolehi daripada sumber yang haram (cetak rompak), maka kami akan menggunakan apa sahaja cara termasuk tindakan undang-undang.

Perisian Penawar Brontok hanya boleh diperolehi melalui laman web
www.kaer-media.org/penawar-brontok sahaja.

 

6. Pelanggan mesti mengikut langkah-langkah pembelian yang telah diaturkan agar proses penyemakan pengesahan bayaran tidak bermasalah.

 

7. Anda sebagai pelanggan perlu memasukkan maklumat yang betul ke dalam borang pengesahan bayaran / bukti pembayaran di halaman Tempahan setelah pembayaran dibuat. Kegagalan anda melakukan hal ini dengan cermat, akan melambatkan proses pengesahan pembayaran dan penghantaran lesen ke e-mail anda akan terganggu.

 

8. Jika license key anda tidak sampai ke e-mail anda di dalam jangka masa yang sepatutnya. Sila laporkan kepada kami dengan segera di bahagian Support atau SMS kami supaya kami dapat menyelesaikan masalah tersebut.

 

9. Pembayaran melalui MEPS IBG (selain dari bank akaun yang kami ada di atas) akan disahkan setelah 2 - 3 hari dari tarikh transaksi ini adalah kerana pemindahan dari MEPS IBG melibatkan masa transaksi pengesahan antara bank  ke bank.

 

10. Segala syarat dan terma yang tidak terkandung di halaman ini sah jika kami mengubahnya dari masa ke semasa.

 

11. Kami berhak mengubah syarat dan terma dari masa ke semasa tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung.

 

- Tamat Terma & Syarat -


Jika anda bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas, maka teruskan

pembelian Penawar Brontok Full Edition.
 

 

Anda Menemui Masalah Virus Brontok yang baru ?

 

=====================================================================

*** Sila disablekan antivirus anda dahulu kemudian zipkannya dengan password 123456 atau Exe filenya. Anda boleh enablekan semula antivirus anda setelah anda upload virus brontok yang disyaki tersebut. Biasanya proses upload hanya makan masa kurang dari 4 minit.  ***

=====================================================================

 

1. Isikan E-mail anda dengan betul di bahagian yang berkenaan.

2. Click Browse pilih file virus brontok yang telah di Zip atau Exe.

3. Click Upload dan tunggu sehingga perkataan "uploaded successfully" muncul.

Jika form di bawah ini terlalu slow atau perlahan semasa untuk upload sila e-mailkan sampel brontok itu.

 

 

 

Penawar Brontok Free Version & Penawar Brontok

Full Edition

© Hak Cipta Terpelihara 2006

Syed Muhammad Bin Syed Hussin (Malaysia)